KO-KURIKULUM

Bahawa, kami sebagai Pegawai Perhidmatan Pelajaran Malaysia dan warga pendidik SK. Kampung Nyior, Paka, dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :

1.  Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bagi setiap tahun.

2.  Mengagihkan tugas guru dengan saksama dan sempurna supaya setiap kelas mempunyai guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.  Mengurus dan menyelesaikan masalah murid dan ibu bapa murid dengan segera dan mesra.

4.  Memberikan perkhidmatan dan layanan yang adil kepada semua murid, ibu bapa tanpa mengira kaum, agama dan status mereka.

5.  Bersedia menerima pandangan, cadangan serta teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan kami.